Ziarah Seni Madani FINAS Santuni Pelakon Veteran Sabah, Ejin

KOTA KINABALU: Timbalan MenterinKomunikasi, Teo Nie Ching menziarahi pelakon veteran Sabah, Ejin Dinting, 77,ndi Kampung Dato menerusi Program Ziarah Seni Madani FINAS.

nn

Kunjungan itu sebahagian daripadankomitmen berterusan kerajaan memastikan anak seni di Sabah termasuk artis uzurndan tidak lagi aktif, terus diberi perhatian serta tidak tersisih daripadaninisiatif kebajikan industri.

nn

Menurut Teo, setakat 15 Novembernseramai 167 penerima menerima bantuan Ziarah Seni Madani, melepasi sasaran awaln100 orang.

nn

“Peningkatan ini menunjukkannkesungguhan kerajaan menghargai jasa dan sumbangan karyawan seni. Seramai enamnpenerima adalah dari Sabah dan negeri ini sentiasa menjadi antara kawasan yangndiberi perhatian.

nn

“Program hari ini memberi peluang untuknsaya menziarahi Ejin dan menyerahkan sedikit bakul makanan serta sumbangannkewangan bagi meringankan beban beliau,” katanya ketika ditemui pada programnitu, Sabtu.

nn

Di samping itu, beliau juga memaklumkannprogram berkenaan akan diteruskan tahun hadapan selaras dengan komitmennkerajaan menyantuni lebih ramai penggiat seni di seluruh negara.

nn

“Program ini bukan bersifat one-off. Iandimulakan sejak 2023 dan tahun ini kita dapat lihat peningkatan jumlahnpenerima,” ujar beliau.

nn

Sementara itu, Ejin melahirkan rasanterharu atas kunjungan dan sumbangan yang diterimanya.

nn

“Terima kasih kerana datang melawatnsaya. Saya sangat terharu dan berharap lebih ramai artis veteran Sabah akannterus dibantu,” katanya.

nn

Hadir sama Ketua Penolong PengarahnSinergi Industri FINAS, Wan Noor Zazreena Wan Zaizodin dan Presiden Sabah Filmn& Visual Association (SAFVA), Chester Pang.