KOTA KINABALU: SambutannNovember Bulan Keluarga Kebangsaan (NBKK) Peringkat Negeri Sabah 2025 berjayanmenghimpunkan masyarakat pelbagai latar belakang bagi memperkukuhninstitusi keluarga.
nn
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dannPembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli berkata bertemakann“KASIH Keluarga, Bahagia Bersama” program tersebut menzahirkan komitmennberterusan dalam memupuk budaya kasih sayang, saling hormat dan komunikasinberkesan dalam institusi keluarga.
nn
“Seramai 300 peserta terdirindaripada kakitangan kerajaan, NGO serta pelajar IPTA dan IPTS memeriahkannprogram ini.
nn
“Penganjuran tahun ini berjayanmencapai matlamat memperkukuh hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan jaringannsokongan antara agensi, komuniti dan keluarga.
nn
“LPPKN bersama rakan strategiknakan terus memperkasa agenda keluarga Madani ke arah masyarakat yang harmonindan sejahtera,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaanndi sini, pada Ahad.
nn
Menurut Juwairiya, pelbagainaktiviti mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mencerminkan nilainkekitaan dan semangat kerjasama di antara agensi yang terlibat.
nn
“Antara aktiviti di bawahninisiatif KASIH Keluarga adalah seperti zumba keluarga, tradisi anyam ketupat,nfamily creative, Oh My Puzzle! dan Ping Pong Ball Challenge.
nn
“Program ini juga turutndimeriahkan dengan pameran agensi kerajaan dan jualan produk usahawan tempatannsebagai usaha memperluas pengetahuan masyarakat mengenai perkhidmatan sosial,nkesihatan dan keselamatan keluarga serta peluang ekonomi komuniti,” ujarnbeliau.
nn
Turut hadir Ketua Pengarah LPPKN DatuknAbdul Shukur Abdullah, Setiausaha Tetap KPMKR Sabah Datuk MarianChong, Eksekutif PEMADAM Sabah Josie Ansilmus, Pengarah OperasinNexus SPA and Karambunai Resort Jai Sarwi serta Pengarah LPPKN Sabah ShahriahnSaharom.
