KOTA KINABALU : Setiausaha PersekutuannSabah, Datuk Mohd Razali Wahab memggesa ketua-ketua jabatan persekutuan untuknmemberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan dasar dan program KerajaannPersekutuan di Sabah.
nn
Beliau juga mengingatkan agar semuanjabatan persekutuan di Sabah memperkukuh kerjasama antara agensi Persekutuanndalam menyokong agenda pembangunan negeri.
nn
Selain itu, Razali menegaskannkesiapsiagaan, kerjasama antara jabatan serta tadbir urus yang berintegritinmerupakan keutamaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
nn
Pendekatan itu penting bagi memastikannperkhidmatan awam di negeri ini kekal efisien dan responsif terhadap keperluannrakyat khususnya di Sabah
nn
Beliau berkata demikian ketikanmempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Dan BadannBerkanun Persekutuan Negeri Sabah Bilangan 4 Tahun 2025 yang diadakan di sini,npada Selasa.
nn
Mesyuarat berkenaan dihadiri olehnseramai 142 ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan.
nn
Turut diadakan dalam mesyuarat tersebutnlima pembentangan iaitu dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Institut IntegritinMalaysia (IIM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kementerian SainsnTeknologi dan Inovasi Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
nn
Hadir sama, Ketua Eksekutif PihaknBerkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Datuk Seri PanglimanHashim Paijan.
