KOTA KINABALU: Hampir 1,000 usahawannwanita di Sabah menerima bantuan peralatan daripada Kerajaan Negeri melaluinJabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah sejak 2016 sehingga kini.
nn
Pengarah JHEWA Sabah, Haslina Ismailnberkata dari 2016 seramai 927 usahawan wanita telah menerima bantuan dan inindapat memperkukuh kemampuan mengurus serta mengembangkan perniagaan merekansecara lebih proaktif dan berdaya saing.
nn
“Program Keusahawanan JHEWANITAnmenekankan pembangunan usahawan wanita yang mampan, berdaya tahan, dan mampunmenyesuaikan diri. Ini bukan sahaja menyokong agenda pembangunan wanita, tetapinturut memperkukuh peranan mereka dalam ekosistem negeri Sabah.
nn
“Melalui pelbagai aktiviti,ntermasuk 32 kursus kemahiran sepanjang tahun, ceramah dan sesi perkongsiannpengalaman, peserta berpeluang menimba ilmu, meningkatkan kemahiran sertanmembina keyakinan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya ketika berucapnsemasa Program Keusahawanan JHEWANITA Tahun 2025, pada Selasa.
nn
Program itu turut diserikan dengannkehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin.
nn
Haslina menegaskan JHEWA sentiasankomited menjadi rakan strategik dalam membimbing, memantau, dan menghubungkannusahawan wanita Sabah dengan peluang perniagaan yang lebih luas.
nn
“Ini termasuk akses kepada modal,nlatihan teknikal, bimbingan digital dan pasaran antarabangsa yang akan menjadinpemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan wanita,” ujarnya.
nn
Beliau berharap program berkenaan dapatnmenyediakan platform pembelajaran dan jaringan strategik bagi membantu paranusahawan wanita terus berkembang dan berdaya saing.
nn
Turut berlangsung semasa programntersebut ialah sesi ceramah dan segmen Inspirasi Keusahawanan yang disampaikannoleh Wanita Ikon Sabah 2024, Mardiana Made.
