KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 Jutankepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita untuk melaksanakan pelbagainprogram selari Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah (PIPWS).
nn
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanitan(JHEWA) Sabah, Haslina Ismail berkata peruntukan yang disalurkan melaluinjabatan itu bukan sekadar angka tetapi merupakan kepercayaan, amanah dannsokongan kerajaan kepada NGO Wanita Sabah yang memperjuangkan isu wanita, keluargandan masyarakat.
nn
“Melalui peruntukan ini, lebihndaripada 100 program dirangka dan dilaksanakan di seluruh Sabah merangkuminpelbagai fokus seperti pemberdayaan ekonomi dan keusahawanan wanita, kesihatan,nkesedaran mental serta kesejahteraan keluarga.
nn
“Ini termasuk perpaduan,npemeliharaan budaya seni dan warisan, kepekaan dan keterangkuman gender, haknwanita dan undang-undang, sukan dan wanita, kesejahteraan alam sekitar sertansains dan teknologi,” katanya ketika berucap semasa Program PemerkasaannNGO Wanita Sabah Tahun 2025, pada Khamis.
nn
Majlis tersebut disempurnakan dengannkehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin yang turutnmenyampaikan sumbangan kepada beberapa penerima terdiri daripada ibu tunggal.
nn
Menurut Haslina, program tersebutnmenjadi wadah penting merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melaluinjaringan NGO wanita yang aktif di seluruh negeri.
nn
“Program hari ini juga memberinfokus kepada peningkatan kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi,npenyelarasan program, serta pendekatan komunikasi yang lebih kreatif dalamnmenjangkau masyarakat.
nn
“NGO bukan sahaja melaksanakannprogram kolaborasi bersama kerajaan, tetapi juga menjadi medium perantaranpenting antara kerajaan dan komuniti, penyampai isu sebenar di lapangan sertanpemudah cara yang menjadikan intervensi kerajaan lebih efektif.
nn
“Inilah erti kolaborasi antara NGOndan kerajaan satu jaringan kerjasama yang sangat bernilai dan perlunditeruskan,” ujarnya.
