Jerayawara Parlimen Belia Malaysia Perkukuh Suara Belia Sabah

KOTA KINABALU: Program JerayawaranParlimen Belia Malaysia (PBMy): “Suara Belia, Suara Demokrasi”nmembuka ruang inklusif kepada golongan muda Sabah untuk menyuarakan pandangan,ncabaran dan aspirasi mereka secara langsung kepada institusi Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan SrinJohari Abdul berkata suara belia merupakan nadi penting kepada masa depanndemokrasi negara dan perlu diraikan melalui platform yang terbuka, berstrukturnserta progresif. 

nn

Menurut beliau, realiti yang dihadapinbelia seperti tekanan kos sara hidup, peluang pekerjaan yang tidak menentu, isunpolarisasi sosial serta kesejahteraan mental memerlukan pendekatan dasar yangnlebih responsif dan berpaksikan keperluan generasi muda.

nn

“Saya mahu mendengar terusndaripada belia, tanpa tapisan. Negara ini milik generasi muda, dan Parlimennmesti menjadi ruang yang memastikan suara mereka diterjemahkan kepadandasar,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program tersebut di DewannKuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Ahad.

nn

Jelasnya, sesi libat urus seumpama itunpenting bagi memahami aspirasi belia secara menyeluruh supaya setiap dasar yangndigubal benar-benar mencerminkan keperluan mereka pada masa kini dan masanhadapan.

nn

Katanya, jerayawara tersebut merupakannkesinambungan daripada sesi Townhall yang diadakan di Universiti KebangsaannMalaysia (UKM) pada 5 dan 6 November lalu, yang menyaksikan penubuhan limanparti belia iaitu DemNas, GENERASI, PGP, PRISMA dan GSB.

nn

Johari menyifatkan penubuhannparti-parti belia itu sebagai perkembangan positif yang menggambarkannkematangan politik serta kesediaan golongan muda untuk terlibat secara aktifndalam proses demokrasi negara.

nn

“Apabila belia beraninmengorganisasi diri, membentuk parti, berhujah secara rasional dan bersedianmemimpin, itu tanda Malaysia sedang menuju masa depan demokrasi yang lebihnmatang,” katanya.

nn

Ujar beliau, penglibatan aktif beliandalam PBMy berupaya melahirkan generasi pemimpin yang berintegriti, celikndemokrasi serta bersedia mendepani cabaran ekonomi dan sosial negara.

nn

“Kita mahu melahirkan pemimpinnyang bukan sahaja fasih berbahas, tetapi matang berfikir, menghormati perbezaanndan berfakta dalam membuat keputusan,” tambahnya.

nn

Penganjuran jerayawara di Sabah,ntegasnya, turut menzahirkan komitmen Parlimen Malaysia untuk memperkasa suaranbelia di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

nn

Beliau berkata, Sabah memiliki kelompoknbelia yang dinamik, kritikal dan penuh idealisme, justeru wajar diberikan ruangnlebih luas dalam proses penggubalan dasar negara.

nn

Seramai 136 belia dan mahasiswandaripada UMS, MAHSA College Sabah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)nKinarut, Kolej Komuniti Papar dan Kolej Vokasional Likas menyertai programnsehari tersebut.