Aktiviti Masjid, Surau Perlu Patuh Garis Panduan JHEAINS

 

KOTA KINABALU: Aktiviti keagamaanndi masjid dan surau diwajibkan mematuhi garis panduan Jabatan Hal Ehwal AgamanIslam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengannhukum syarak dan keperluan tauliah.

nn

Pengarah JHEAINS, Datuk JumainnAbdul Ghani berkata ketetapan itu diperkenalkan menerusi Garis Panduan AktivitinMasjid dan Surau Negeri Sabah yang bertujuan menjamin ketertiban, keseragamannserta keharmonian pelaksanaan aktiviti keagamaan di negeri ini.

nn

“Langkah berkenaan memberinkesan langsung kepada masyarakat Islam khususnya penganjur aktiviti agar setiapnprogram yang dirancang mematuhi peraturan syarak serta dasar pentadbirannjabatan.

nn

“Manakala Garis PanduannTadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Sabah merangkumi hal pengurusan kewangan,npengurusan fail, kaedah mengimarahkan masjid dan surau secara lebih tersusunnserta berintegriti.

nn

“Ini termasuk pemberiannkuasa eksekutif kepada Pengarah JHEAINS dalam pelantikan dan penamatannjawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri,” katanya semasa MajlisnPelancaran Manual Perancangan Pembangunan Aset Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegerinSabah, pada Selasa.

nn

Majlis pelancaran tersebutndisempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr MohdnArifin Mohd Arif yang juga Exco Agama.

nn

Selain itu, Jumain menjelaskannorang awam juga menerima manfaat melalui pelaksanaan Garis Panduan PengurusannPerkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPR) Orang Islam Negeri Sabah yangnditerbitkan sebagai buku panduan rasmi dan seragam.

nn

“Garis panduan PPR ini memastikannprosedur dilaksanakan dengan jelas dan tersusun selaras dengan peruntukannundang-undang dan hukum syarak, sekali gus mengurangkan kekeliruan dalamnkalangan masyarakat.

nn

“Kecekapan perkhidmatannturut dipertingkatkan melalui pendigitalan urusan PPR menggunakan sistemneKahwin, ePerkahwinan dan Sijil Nikah Digital sejajar dengan Sistem PengurusannKualiti MS ISO, seterusnya mempercepatkan urusan dan memudahkan akses orangnawam,” ujarnya.

nn

Di samping itu, Garis PanduannPengurusan Taman Perkuburan Islam Negeri Sabah memastikan urusan pengebumiannjenazah dilaksanakan secara lebih teratur, kemas dan berpandukan hukum syarak.

nn

“Perkara yang diperincikanntermasuk ukuran liang lahad serta susun atur kubur bagi memastikan kawasannperkuburan Islam lebih tersusun dan mudah diurus,” tambahnya.

nn

Pelaksanaan garis panduannberkenaan dilaksanakan JHEAINS untuk meningkatkan kualiti penyampaiannperkhidmatan demi memastikan kebajikan dan kepentingan umat Islam di Sabahnterus terpelihara.