TUARAN: Sejumlah RM559.85 jutandiperuntukkan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanann(MAFFI) pada tahun ini untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan Kadar SaranDiri (SSR) negeri Sabah.
nn
Ketua Menteri, Datuk SerinPanglima Hajiji Noor berkata di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0n(SMJ 2.0), sektor pertanian kekal sebagai salah satu daripada tiga tonggaknutama yang memacu pertumbuhan ekonomi negeri.
nn
“Ini mencerminkan komitmennKerajaan Negeri untuk memastikan sekuriti makanan kekal kukuh.
nn
“Seperti yang kita sedianmaklum, isu keterjaminan makanan telah menjadi agenda utama di peringkat globalndan nasional.
nn
“Perubahan iklim,nketidaktentuan ekonomi, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos saranhidup memerlukan pendekatan baharu yang lebih praktikal, berdaya tahan dan inklusif.
nn
“Oleh itu, sektor pertanian,nperikanan dan industri makanan akan terus menjadi nadi kepada pembangunannsosio-ekonomi Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran ProgramnJelajah Kebun Dapur di Padang Istiadat di sini, pada Ahad.
nn
Hajiji memaklumkan beberapaninisiatif sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah sebagai agensi utamanyang bertanggungjawab untuk pembangunan subsektor tanaman antaranya PembangunannZon Pengeluaran Tanaman Makanan Kekal di 15 buah Taman Kekal PengeluarannMakanan di negeri ini.
nn
Selain itu, sebanyak RM3 jutandiperuntukkan kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi PerbelanjaannMengurus, manakala RM15 juta lagi untuk perolehan jentera menuai dan pembajakannpadi.
nn
“Inisiatif ini adalah untuknmenjadikan Sabah sebagai pengeluar padi dan beras yang mampan, berdaya saing,nserta untuk menjamin sekuriti makanan dengan sasaran 60 peratus Tahap Sara Dirin(SSL) menjelang tahun 2030,” tambahnya.
nn
Hajiji yakin tiga tonggaknpembangunan ekonomi negeri iaitu perindustrian, pertanian dan pelancongan akannmeningkat dalam tempoh lima tahun di bawah Hala Tuju SMJ 2.0.
nn
“Namun, keterjaminan makanannbukanlah tanggungjawab ladang-ladang atau projek berskala besar semata-mata.
nn
“Ia juga bermula dinperingkat akar umbi iaitu di laman rumah kita sendiri dan dalam konteks ini,ninisiatif Kebun Dapur di bawah program Revolusi Ekonomi Luar Bandar merupakannsalah satu strategi yang bukan sahaja berfokus kepada pengeluaran makanan,ntetapi turut menekankan aspek pengurangan kos sara hidup serta pembentukannkomuniti yang lebih berdikari dan mampan.
nn
“Oleh itu, saya mahu melihatnTuaran muncul sebagai ‘Daerah Kebun Dapur Model’, di mana inisiatif ini bukannsahaja dilaksanakan, tetapi benar-benar menjadi sebahagian daripada cara hidupnkomuniti.
nn
“Saya berharap setiapnkampung, kawasan perumahan dan komuniti akan mengambil peluang ini untuknmengusahakan kebun dapur mengikut kemampuan dan kreativiti masing-masing,”nkatanya.
nn
Hajiji juga menggesa golongannbelia di negeri ini, khususnya di Tuaran, supaya merebut peluang yangnditawarkan melalui siri jelajah tersebut untuk mempelajari teknik pertaniannpintar yang menggabungkan inovasi dan teknologi, yang dapat menjana pendapatanntambahan.
