KOTA KINABALU: Seramai 19 tahanannPendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dihantar pulang ke negara asal menerusinProgram Pemindahan Tahanan yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsan(LTA) Kota Kinabalu, semalam.
nn
Pengarah Jabatan ImigresennMalaysia (JIM) Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof, berkata semua tahanannterbabit terdiri daripada 13 lelaki dewasa, lima wanita dewasa dan seorangnkanak-kanak lelaki.
nn
“Kesemua mereka adalahnwarganegara Filipina, Pakistan dan Vietnam yang sudah selesai menjalani prosesnperundangan di negara ini serta melepasi proses verifikasi dokumen perjalanannoleh kedutaan masing-masing,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
nn
Menurutnya, program pemindahannitu dilaksanakan menggunakan pembiayaan sendiri oleh tahanan terbabit.
nn
Sitti Saleha berkata, sehinggankini seramai 1,764 PATI berjaya dihantar pulang ke negara asal masing-masingnmelalui operasi berterusan jabatan itu.
nn
“Daripada jumlah itu, warganegaranFilipina mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 56 peratus, diikuti Indonesian(36 peratus) dan lain-lain warganegara sebanyak lapan peratus,” katanya.
nn
Beliau turut menegaskan komitmennJIM Sabah dalam mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras kehadirannPATI di negeri ini.
nn
“Orang ramai diminta lebih pekanterhadap persekitaran dan tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI.
nn
“Sebarang maklumat bolehndisalurkan melalui portal rasmi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) ataunSistem Pertanyaan Online (SPO) Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.
