TUARAN : Klinik kesihatan di luar bandar perlu terusndiperkasa bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatannyang lebih cekap dan berkualiti.
nn
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Hanifah HajarnTaib berkata, usaha menaik taraf fasiliti kesihatan khususnya di kawasan luarnbandar merupakan satu keperluan dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatannprimer.
nn
“Kerja menaik taraf klinik kesihatan khususnya di luarnbandar adalah satu keperluan selaras dengan agenda reformasi kesihatannKementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
nn
“Langkah strategik ini amat penting bagi menjayakannagenda kementerian iaitu beralih daripada merawat penyakit kepada penjagaannkesihatan yang bermula di peringkat fasiliti kesihatan primer,” katanya.
nn
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Blok BaharunKlinik Kesihatan Tenghilan, Tuaran di sini, pada Isnin.
nn
Beliau berharap masyarakat di daerah Tuaran khususnyanpenduduk dalam kawasan liputan Klinik Kesihatan Tenghilan menjadikan klinik itunsebagai pusat rujukan utama bukan sahaja untuk mendapatkan rawatan, tetapi juganmeningkatkan kesedaran mengenai pencegahan penyakit dan amalan gaya hidupnsihat.
nn
“Saya berharap dengan adanya blok baharu ini,npenyampaian perkhidmatan akan menjadi lebih cekap dan selesa selain mewujudkannsuasana kerja yang lebih baik kepada petugas kesihatan,” jelasnya.
nn
Hanifah turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasanmengutamakan aspek penjagaan kesihatan berikutan perubahan iklim global yangnmenyebabkan cuaca tidak menentu termasuk peningkatan suhu panas, gelombangnhaba, banjir kilat dan hujan berterusan.
nn
“Saya ingin berpesan kepada semua agar meletakkan aspeknpenjagaan kesihatan sebagai keutamaan.
nn
“Jika berlaku cuaca panas ekstrem, hadkan aktiviti luar dannpastikan minum air putih secukupnya. Pakailah pakaian yang longgar dan ringannbagi membantu pengaliran haba badan.
nn
“Semasa hujan lebat dan berlakunya banjir, patuhi arahannberpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa dan lakukan dengan segera keranankeselamatan nyawa adalah keutamaan tertinggi,” ujarnya.
nn
Beliau turut menyeru masyarakat agar membudayakan gaya hidupnsihat termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala serta mempergiatnusaha pencegahan penyakit seperti membersihkan kawasan air bertakung baginmenghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
nn
Pembinaan blok baharu Klinik Kesihatan Tenghilan yang siapnpada tahun 2024 itu memberi manfaat besar kepada kira-kira 23,000 penduduknsekitar dalam mendapatkan akses rawatan kesihatan yang lebih cepat dan efisien.
nn
Hadir sama, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri PanglimanWilfred Madius Tangau; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr WilliamnGotulis; Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM,nNazaruddin Sharaai; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) JKNS, DatinnJasnawati Jasmin dan Pegawai Kesihatan Kawasan Pejabat Kesihatan Tuaran, DrnPathman Arumugam.

