Enam ikon budaya serlah keunikan Sabah

KOTA KINABALU : Enam ikon budaya yang dipersembahkan sempena Sambutan Hari Sabah 2026menyerlahkan keunikan budaya negeri ini.

Ikon-ikon budaya iaitu Sigar Penampang, Usunan Bajau Samah, Gunung Kinabalu, Menara Kinabalu, Taming dan Kapalitu dipersembahkan semasa perarakan sempena sambutan tersebut yang diadakan di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephen, pada Isnin.


Selain ikon budaya, perarakan turut menampilkan 40 atlet yang telah mengharumkan nama Sabah dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor baru-baru ini dengan mengutip sebanyak 30 pingat emas, 27 perak dan 36 gangsa.


Bermula pada jam 8.00 malam, sambutan dimulakan dengan lafaz pemasyhuran oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman diikuti upacara menaikkan bendera Sabah.


Sambutan berkenaan diserikan dengan kehadiran, isteri Tun Musa, Toh Puan Faridah Tussin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag .
Dalam sambutan tersebut, turut dipersembahkan lagu ciptaan khas sempena Sambutan Hari Sabah 

diilhamkan Timbalan Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutanbertajuk “Tanah Airku”.

Sambutan itu juga turut menampilkan artis-artis tempatan seperti Elica Paujin, Rosario Bianis, Dabra Sia, Rey Kimara, Maldini Sydney, The Male-Effecient, Abby Sue, Sarma Cherry, Man Kinabalu, Erfarina dan Dr. Sharif Zainal.


Dianggarkan seramai 8,000 pengunjung hadir seawal jam 5 petang untuk turut sama menyaksikan sambutan yang penuh bersejarah untuk Sabah.


Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya, Menteri-menteri Kabinet, Pembantu-pembantu Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman.