Tun Musa terima kunjungan JKPK HESM, Majlis Dewan Negara

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat (JKPK HESM) dan Majlis Dewan Negara di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Pengerusi JKPK HESM, Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli berkata, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan kepada Tun Musa mengenai penelitian yang dijalankan berkaitan hal ehwal perumahan di Sabah, termasuk program yang telah dilaksanakan serta lawatan seterusnya ke Sandakan.

Usaha tersebut diharap dapat menghasilkan pandangan yang boleh membantu kerajaan negeri menangani isu berkaitan perumahan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi JKPK HESM, Senator Isaiah D. Jacob, ahli-ahli JKPK HESM, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan, Datuk Edward Linggu Bukut dan Datuk Profesor Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman serta Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah.