TUARAN: Inisiatif pembangunan infrastrukturkomuniti di Kampung Malangang Baru, Kiuludisifatkan sebagai model contoh kepada kampung-kampung lain di seluruh Sabah.
Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB)Sabah, Datuk Rubin Balang berkata, pembinaanPusat Pentadbiran Pembangunan KampungMalangang Baru membuktikan kerjasama erat antarapemimpin setempat dalam menyediakan kemudahanyang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Tahniah kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk SeriPanglima Wilfred Madius Tangau dan ADUN N.15Kiulu atas usaha yang baik dalam merealisasikanprojek ini di Kiulu yang akan menjadi penanda arasbagi kampung-kampung di bawah seliaan KPLB.
“Kemudahan ini bukan sahaja memastikan pentadbirankampung diuruskan dengan lebih teratur, bahkanturut berfungsi sebagai pusat pemuliharaanadat resam serta tradisi masyarakat setempat.
“Meskipun bangunan ini dinaik taraf daripadabalai raya, nilai dan identitinya sebagai pusatperbincangan serta perpaduan penduduk kampungharus terus dikekalkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepasmerasmikan Pusat Pentadbiran PembangunanKampung Malangang Baru, Kiulu, di sini pada Isnin.
Rubin berkata, pusat pentadbiran berkenaanturut menyediakan kemudahan kepada pendudukuntuk menguruskan urusan harian bersamaKetua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuandan Keselamatan Kampung (JKKK).
Dalam pada itu, beliau berkata, Kiulu mempunyaipotensi besar dalam sektor pelancongan berikutankedudukan kawasannya yang strategik.
Menurutnya, pelbagai peluang dalam sektorberkenaan boleh dimanfaatkan masyarakat setempatbagi merancakkan pertumbuhan ekonomi kampung.
Turut hadir, Pembantu Menteri kepada KetuaMenteri, Datuk Joniston Bangkuai.