KPLB fokus projek bekalan air alternatif dalam Belanjawan Sabah 2027

TUARAN: Kementerian Pembangunan LuarBandar (KPLB) Sabah memberi tumpuan kepadapelaksanaan projek bekalan air alternatif menerusiBelanjawan Sabah 2027 bagi memastikan pendudukluar bandar yang belum menikmati bekalanair bersih mendapat kemudahan berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk RubinBalang berkata, pelbagai inisiatif telah dirangkabagi meningkatkan kemudahan prasarana utiliti,khususnya di kawasan luar bandar yang masihberdepan masalah akses kepada sumber air bersih.

Katanya, antara perancangan pembangunanbagi 2027 ialah penyediaan prasarana utiliti kecilserta pelaksanaan projek bekalan air alternatifdi kawasan terjejas di seluruh negeri.

“Terdapat dua sumber utama bekalan air dinegeri ini bagi menampung keperluan rakyat,iaitu sistem konvensional yang diselaraskan olehJabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pendekatanbekalan air alternatif.

“Inisiatif bekalan air alternatif akan menggunakansistem graviti, telaga gerudi bawah tanah selainmenggunakan kaedah air payau yang menggabungkanair sungai dan air laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepasmerasmikan Pusat Pentadbiran PembangunanKampung Malangang Baru, Kiulu, di sini pada Isnin.

Rubin berkata, selain memberi tumpuan kepadakemudahan bekalan air, KPLB turut merancangpembinaan jalan perhubungan kampung dengankos yang lebih berhemah.

Menurutnya, cadangan belanjawan bagi kementerianitu telah dikemukakan untuk pertimbangan dankelulusan, tertakluk kepada kedudukan kewangansemasa negeri.

Beliau turut komited memastikan peruntukanyang diluluskan kelak dimanfaatkan sepenuhnyabagi melaksanakan projek bekalan air alternatifdemi kepentingan rakyat di seluruh Sabah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri PanglimaWilfred Madius Tangau dan Pembantu Menterikepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai.