Masyarakat digesa ubah stigma terhadap OKU

TUARAN: Masyarakat digesa mengubah persepsiterhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU)dan memberi peluang kepada mereka untukmengembangkan potensi serta membuktikankemampuan dalam pelbagai bidang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik,Datuk Abdul Kassim Razali berkata, golongan OKUmempunyai kelebihan dan kebolehan tersendiri yangperlu dihargai serta diberikan sokongan sewajarnya.

Katanya, ibu bapa juga perlu memberikan pendedahanseluas-luasnya kepada anak-anak istimewa,khususnya dari aspek pendidikan dan kemahiranbagi membantu mereka membina masa depan.

“Kita harapkan masyarakat di luar sana supayamenghargai anak-anak istimewa ini.

“Kita juga harapkan ibu bapa agar memberipendedahan seluas-luasnya kepada anak-anakistimewa ini.

“Mereka tidak harus malu atau pun segan dengananak-anak istimewa kerana mereka sebenarnyamempunyai kelebihan masing-masing.

“Jikalau diberikan kemahiran dan pendidikan, kitadapat melihat ada contoh insan-insan istimewa beginiyang mencapai kejayaan sama ada menjadi usahawan,penyanyi, pelakon, idola dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mediaselepas menghadiri Program Borak & SantaiPertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)Tuaran 2026 di Dewan Mini PPDK, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Abdul Kassim menyeru masyarakatagar terus menghargai dan menyokong golonganOKU, termasuk menyokong usaha pusat-pusatpemulihan dalam komuniti.

Beliau turut berharap agensi berkaitan meneruskaninisiatif membantu golongan berkenaan, khususnyadalam memberikan sokongan moral, dorongan danbantuan bagi membolehkan mereka terus maju.

“Saya berharap agensi berkaitan terus melaksanakanusaha murni sebegini, manakala masyarakat diluar sana terus memberikan sokongan kepadapusat-pusat pemulihan dalam komuniti seperti ini.

“Kita membantu anak-anak ini dari segi semangat,dorongan, agar mereka dapat memajukan dirimereka pada masa hadapan.

“Kita juga mengharapkan bantuan terus diberikankepada anak-anak ini dan Insya-Allah saya rasakerajaan terus memberikan perhatian kepadamereka,” katanya.

Beliau turut menggalakkan ibu bapa supayasentiasa berhubung dengan pihak PPDK danpegawai kebajikan bagi memastikan anak-anakyang belum menerima bantuan atau perkhidmatanberkaitan dapat dikenal pasti serta dibantu.

Program anjuran Jabatan Penerangan MalaysiaNegeri Sabah itu turut mendapat kerjasamabeberapa agensi termasuk Pejabat Daerah danJabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi mendekatikomuniti OKU menerusi pendekatan strategikserta penyampaian maklumat secara bersemuka.

Bertemakan “Bukan Kurang, Tapi Luar Biasa”,program berkenaan turut menampilkan persembahaninteraktif PENTARAMA yang menyampaikan maklumatberkaitan Belanjawan 2027 bagi meningkatkankefahaman masyarakat mengenai inisiatif danmanfaat kerajaan, khususnya untuk golongan OKU.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Malaysia NegeriSabah, Jainisah Mohd Noor; Ketua PenolongPengarah (Bahagian OKU & Warga Emas), JabatanKebajikan Masyarakat Negeri Sabah, Evelyn CliffEmang dan Pengerusi PPDK Tuaran, Roslani Abdullah.