Persembahan ‘Senyuman Sabahan’ dan ‘Bujang Sarawak’ serikan Sambutan Hari Malaysia 2024, mesej perpaduan terserlah

 

fb Fahmi Fadzil 

KOTA KINABALU: Lagu ‘ Senyuman Sabahan’ dan ‘Bujang Sarawak’nyang dipersembah bersama tarian tradisi berjaya memukau orang ramai yang hadirnpada Sambutan Hari Malaysia 2024 peringkat kebangsaan di sini malam ini.

nn

Lenggok gemalai tarian etnik Sabah antaranya Sumazau, Sazau,nLimbai dan Igal serta Ngajat dan Menyak dari Sarawak mendapat tepukan gemuruhnhadirin malah ada yang turut menggerakkan badan,mengikut irama lagu cukupndikenali rakyat Malaysia itu.

nn

Tenaga pengajar Lembaga Kebudayaan Sabah Wahyudi Salemnberkata idea menggabungkan semua tarian tradisional itu adalah hasil perbincanganntenaga pengajar dan para penari yang berjaya membuahkan tarian ringkas tetapinpadat dengan mesej perpaduan.

nn

Beliau berkata persembahan itu dijayakan oleh 150 penaringabungan Kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah, Jabatan Kebudayaan dan KeseniannNegeri Sabah, badan bukan Kerajaan serta persatuan kebudayaan sekolah sekitarnKota Kinabalu.

nn

“Kita menari libatkan dua bahagian iaitu Sambut Tamu dannKeluarga MADANI. Penari Kita mala mini paling muda 10 tahun sehingga ke peringkatnumur atasan. Bukan mudah untuk kita lakukan koordinasi penari tetapi kitanberjaya lakukan.

nn

“Sudah tentu saya dan tenaga pengajar lain amat berbanggandengan anak didik kami. Tempoh Latihan amat singkat iaitu 10 hari Sahaja,nkemudian kita cuba di raptai-raptai sebelum ini, amat gembira lah, cukupnbertenaga kita mala mini,” katanya kepada Bernama.

nn

Bagi Norzellah Jaafar, 32, dia menyertai persembahan tariannpada Sambutan Hari Malaysia 2024 untuk berkongsi budaya serta tradisi penduduknSabah dan Sarawak sengan rakyat di seluruh negara kerana seperti pepatah ‘taknkenal maka tak cinta’.

nn

“Saya sungguh gembira dapat sertai acara ini, penat tetapinmemang tidak begitu rasa kerana kita dengan kawan-kawan sama-sama buat sampainjadi terbaik. Terima kasih kerana beri peluang ini kepada saya,” katanya wanitanyang bekerja sendiri itu.

nn

Mary Salleh, 45, pula berkata dia mendapat maklumat tentangnpersembahan itu daripada rakan dan menyertainya kerana tidak mahu melepaskannpeluang untuk memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2024.

nn

“Waktu Latihan amat padat kerana kita punya masa singkatniaitu 10 hari Sahaja tetapi hasilnya amat kita banggakan. Seronok menarinsama-sama dengan kawan juga pertonton seni budaya kita kepada semua rakyatnMalaysia,” katanya yang bertugas sebagai pegawai pemasaran. -Bernama