KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sabah.
Pesawat khas yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 2.45 petang dan dijadualkan meneruskan penerbangan ke New Delhi, India bagi urusan rasmi.
Sepanjang lawatan berkenaan, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) serta mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Damai.
Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab, serta ketua jabatan persekutuan dan negeri.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)