Sabah Antara Terawal Tangani Pandemik Covid-19

n

n

n

nStrategi dan tindakan awal Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Covid-19 Command Centre dalam membendung penularan Covid-19 kini menampakkan hasil yang memberangsangkan apabila bilangan kes semakin berkurang di negeri ini.
n
nSetakat 9 Mei 2020, bilangan kes aktif yang dirawat di Negeri Sabah hanya tinggal seramai 26 orang pesakit.
n
nSabah Covid-19 Command Centre didokong oleh backliners di kalangan penjawat awam negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.
n
n”Keputusan kerajaan negeri dapat disalurkan dengan lebih pantas melalui kaedah teknologi pendigitalan. Kita akan tambah baik dari hari ke hari” Katanya.
n
nPenyampaian maklumat, maklumbalas dan aduan rakyat Sabah dapat diterima dengan lebih cepat melalui pelbagai medium media sosial dan laman web dibawah kendalian Sabah Covid-19 Command Centre.
n
nAntara tindakan paling sukar terpaksa diambil kerajaan negeri apabila menggantung semua penerbangan daripada China seawal januari walaupun kerajaan persekutuan ketika itu masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pandemik Covid-19. Keputusan Sabah ketika itu turut mendapat kritikan daripada Duta China di Malaysia.
n
nWalaupun menyedari sektor pelancongan akan terjejas teruk, tindakan awal itu kini dilihat amat tepat kerana penularan jangkitan pertama Covid-19 di Malaysia dikesan daripada tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
n
nNegeri Sabah pada tahun 2019 menerima kemasukan 4.195 juta pelancong dimana sebahagian besarnya adalah pelancong dari China dan Korea, negara yang terjejas teruk kesan daripada penularan Covid-19. – Sabah Info
n
n

n

n