TAWAU: Perdana Menteri, Datuk SerinAnwar Ibrahim, mengarahkan Kementerian Kesihatan meneliti keperluan menambahnkapasiti katil di Hospital Tawau bagi memastikan pesakit mendapat rawatannsewajarnya.
Beliau berkata kapasiti hospital kininsudah penuh walaupun selepas penambahan 150 katil baru dan mengarahkan KetuanSetiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menambah laginkatil bagi meningkatkan kapasiti hospital.
“Hospital ini besar, blok baharunpun nampak seperti bangunan hospital baru, tetapi kapasiti masih belum cukup.
“Jadi kapasiti itu masihnboleh ditambah lagi sekitar 100 ke 150 katil, tingkatkan kapasitinkerana orang sakit perlu ditangani dengan baik dengan kemudahan yangnbaik,” katanya ketika merasmikan Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau, padanIsnin.
Di samping itu, beliau memaklumkannkerajaan MADANI menumpukan perhatian kepada dua aspek utama dalam membela nasibnrakyat, iaitu pendidikan dan kesihatan.
“Kalau dilihat, banyak negara menumpunkepada pertahanan atau projek mega yang membanggakan. Namun, di bawah KerajaannMADANI, kita tumpukan dua perkara terpenting iaitu pendidikan dannkesihatan, baru diikuti pembangunan infrastruktur.
“Sebab keluarga yang miskin kalaunkita mahu angkat nasib mereka mesti dengan pendidikan yang baik, anak kampungnboleh diangkat tidak dengan pendapatan segera, tapi perlu pendidikan.
“Sekolah-sekolah kita tekankannagar diberikan kemudahan yang lebih baik, kemudian ibu bapa kita, anak-anaknkita dan kita sendiri pun kadang-kadang menghadapi masalah kesihatan.
“Jadi dengan kemudahan kesihatannyang tidak memuaskan kita kena perbaiki, kita menekankan agar perbelanjaannharus cukup dalam membangunkan pendidikan dan kesihatan,” ujarnya.
Selain itu, Anwar turut memaklumkan isundoktor kontrak hampir selesai dengan bantuan Kementerian Kesihatan dan JabatannPerkhidmatan Awam.
Hadir sama Menteri Kesihatan Malaysia,nDatuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian KesihatannMalaysia, Datuk Seri Suriani Ahmad, Pengarah Hospital Tawau, Dr. NorlimahnArsad dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.
