KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Society of Hope Sabah yang diketuai Presidennya, Josephine Hadikusumo bersama rombongan, di pejabatnya, pada Selasa.
Kunjungan hormat tersebut adalah untuk menjemput Masidi sebagai tetamu di malam amal Gala Night 2027 anjuran Persatuan pada 9 Januari 2027, di Magellan Sutera Resort.
Majlis makan amal ini ialah salah satu usaha Persatuan mengumpul dana bagi membiayai program-program
kemasyarakatan dikalangan golongan miskin dan terpencil di pelbagai pelusuk tempat di Sabah.