![]() |
nSandakan: Dua pesakit terakhir yang dirawat di Daerah Sandakan dilaporkan sembuh hari ini. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Sandakan merekodkan seramai 21 kes Positif Covid-19.
n
nSetakat 30 April 2020, tiada peningkatan kes positif menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kekal seramai 315 orang. Untuk pesakit sembuh pula, peningkatan sebanyak 13 kes sembuh menjadikan jumlah kes sembuh seramai 241 orang.
n
nSelain Sandakan, 5 daerah lain yang merekodkan tiada kes aktif Covid-19 adalah Daerah Kunak, Papar, Tambunan, Sipitang dan Semporna. Sehingga kini, bilangan pesakit yang masih dirawat adalah seramai 70 orang. – Sabah Info
n
n
n
![]() |
n

