Pembangunan KK Seiring Agenda SMJ, Tingkat Kualiti Hidup Rakyat – Joniston

 

KOTA KINABALU: Pembangunan ibu negeri Sabah perlu digerakkannseiring agenda pembangunan negeri yang memberi kesan langsung terhadap kualitinhidup rakyat.

nn

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk JonistonnBangkuai berkata pembangunan bandar yang terancang akan mempengaruhinkesejahteraan rakyat dan membentuk imej Sabah di peringkat nasional sertanantarabangsa.

nn

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memainkan peranannutama sebagai rakan strategik kerajaan negeri merealisasikan dasar pembangunannbandar terancang.

nn

“DBKK memperkukuh inisiatif Bandaraya Pintar, meningkatkannkecekapan perkhidmatan, memelihara alam sekitar, memperindah ruang awam dannmemupuk keharmonian sosial.

nn

“Ini adalah manifestasi jelas aspirasi SMJ di peringkatnbandar raya,” katanya semasa Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya KotanKinabalu, pada Isnin.

nn

Di samping itu, beliau juga menegaskan kerajaan negeri  bekerjasama dengan DBKK agar setiapnperancangan dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberikan impak positifnkepada rakyat.

nn

“Kerajaan Negeri menyokong usaha DBKK melaluinpenyelarasan dasar, kerjasama agensi, penglibatan sektor swasta dan komunitinuntuk memastikan perancangan dapat dilaksanakan berkesan.

nn

“Pendekatan yang menekankan tadbir urus cekap, integritinpentadbiran dan keseimbangan pembangunan adalah selari sepenuhnya dengannaspirasi negeri,” ujarnya.

nn

Hadir sama, Mayor Kota Kinabalu, Datuk Sri Dr. SabinnSamitah; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin; serta tiga bekasnMayor, Datuk Yeo Boon Hai, Datuk Nordin Siman serta Datuk Ilyas Ibrahim.