KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM90njuta kepada badan-badan keagamaan di Sabah sebagai usaha memelihara keharmoniannmasyarakat berbilang agama.
nn
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkatanperuntukan tambahan tersebut mencerminkan kesungguhan kerajaan di bawahnkepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyokongnpembangunan institusi keagamaan tanpa mengira latar belakang agama.
nn
“Pada tahun lalu sahaja, saya selaku Ahli ParlimennPenampang telah menyalurkan RM150,000 kepada sebuah gereja di Kampung Sugutnbagi pembinaan ruang letak kereta.
nn
“Hari ini saya turun padang untuk melihat sendirinpelaksanaan bantuan tersebut serta berinteraksi secara langsung dengannmasyarakat setempat yang memberikan maklum balas sangat positif,” katanyanketika ditemui media pada sambutan Thaipusam di Kuil Subramaniar, Kem Lok Kawi,npada Ahad.
nn
Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dannAlam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata sambutan Thaipusam di Sabahnmenjadi simbol keunikan serta kekuatan perpaduan masyarakat berbilang kaum dannagama di negeri ini.
nn
“Walaupun hidup berbilang bangsa namun kita tetap hidupndalam keadaan yang harmoni dan saya rasa hal ini mampu menarik pelancong dalamndan juga luar negara,” ujarnya.
nn
Terdahulu, sambutan Thaipusam dimulakan dengan upacaranpengambilan Paal Kudam dan Kavadi, diikuti upacara sembahyang di persisirannpantai Attanggarai serta ritual Abhishegam sebelum upacara sembahyang.
nn
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, DatuknDonald Peter Mojuntin; Timbalan Pengerusi Kuil Subramaniar Lok Kawi, Dr BarathinDevi dan Ahli Jawatankuasa Sambutan Thaipusam Peringkat Negeri Sabah, Datuk DrnG. Mohan a/l Gopal Naidoo.
