KOTAnKINABALU : Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor menerima ExcellencenAward daripada Malaysia Press Institute (MPI) yang disampaikan oleh KetuanPegawai Eksekutifnya, Dr. Ainol Amriz Ismail.
nn
DrnAinol berkata, penganugerahan itu dibuat sebagai mengiktiraf penglibatan aktifnJainisah mengangkat aspirasi kewartawanan, media dan komunikasi di Sabah.
nn
MPInmelihat penglibatan Pengarah JAPEN Sabah membantu dalam mengangkat aspirasinkewartawanan, media dan komunikasi di Sabah selain pengalaman yang ada beliaunwajar diberikan anugerah ini oleh MPI.
nn
“MPInturut menganugerahkan pengiktirafan ini kepada individu dalam bidang korporatntermasuk Naib Canselor beberapa univeristi,” katanya selepas mengadakannkunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, pada Selasa.
nn
Menurutnya,nMPI turut melihat ruang dan peluang kerjasama strategik dengan JabatannPenerangan Malaysia (Japen) Sabah khususnya dalam memberi latihan penulisannberimpak tinggi kepada wartawan berdaftar.
nn
“Kitanmahu wartawan hari ini bukan sahaja melapor tetapi mampu membuat analisis,nmenilai data dan menghasilkan laporan berimpak tinggi yang boleh mencadangkannpenyelesaian kepada sesuatu isu.
nn
“Penguasaannteknologi kecerdasan buatan (AI) dan media baharu menjadi teras utama baginmemastikan wartawan kekal relevan dalam ekosistem media semasa yang pantasnberubah,” ujarnya.
nn
Hadirnsama, Presiden Sabah Journalist Association, Mariah Doksil; Pengurus Besar MPInNorlida Jamain; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi DannPembangunan Masyarakat Peter Tong Ah Pin dan Ketua Penolong Pengarah BahagiannMedia dan Komunikasi Korporat Dr Diana Dominic.
