Anugerah Sukan Negeri Sabah Ke-17 Tawar 16 Kategori Anugerah

 

KOTA KINABALU:nSebanyak 16 kategori anugerah bakal disampaikan sempena Majlis Anugerah SukannNegeri Sabah Kali Ke-17.

nn

MenterinPembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Datuk Nizam AbunBakar Titingan berkata majlis berprestij itu diadakan bagi mengiktirafnkecemerlangan atlet serta kepimpinan sukan negeri ini sepanjang tahun 2023nhingga 2024.

nn

“Ininmerupakan penghargaan tertinggi kerajaan negeri kepada atlet, tokoh dannkepimpinan sukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta mengharumkannnama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya kepada medianselepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun MusanAman, pada Khamis.

nn

Kunjunganntersebut diadakan bagi menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Musa dan Toh PuannFaridah Tussin sebagai tetamu kehormat sekali gus memeriahkan majlis berkenaan.

nn

Ujar Nizam,nkemuncak acara adalah penyampaian tiga anugerah tertinggi iaitu AnugerahnOlahragawan Lelaki dan Anugerah Olahragawati Wanita Negeri Sabah serta AnugerahnTokoh Sukan Negeri Sabah.

nn

Katanya,nanugerah yang akan disampaikan turut merangkumi atlet berpasukan lelaki dannwanita, atlet harapan, tokoh sukan serta wartawan sukan yang banyak menyumbangnkepada pembangunan dan kemajuan sukan di negeri Sabah.

nn

MajlisnAnugerah Sukan Negeri Sabah Kali Ke-17 dijadualkan berlangsung pada 6 Februarindan akan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

nn

Hadir samandalam kunjungan hormat tersebut ialah Pembantu Menteri KBSK, Datuk Seri Dr AnilnSandhu; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Mansur Asun; Timbalan SetiausahanTetap, Adanan @ Adnan Atin; Pengurus Lembaga Sukan Sabah, Syed Ahmad Syed Abasnserta Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor.