KOTA KINABALU : Kerajaan Negerinterus memperkasa pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) sebagainfasa lonjakan baharu bagi memacu daya saing, produktiviti dan nilai ekonominnegeri.
nn
Ketua Menteri, Datuk SerinPanglima Hajiji Noor berkata perkara itu memastikan kemakmuran dapat dinikmatinsecara inklusif oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan latarnbelakang.
nn
“SMJ 2.0 bukan sekadarnkesinambungan kepada pelan pembangunan sebelum ini, sebaliknya menjadinpemangkin perubahan menyeluruh yang menuntut peningkatan keupayaan dirintermasuk perubahan cara berfikir, bekerja serta mencipta nilai baharu deminkesejahteraan rakyat Sabah.
nn
“SMJ 2.0 adalah fasa lonjakan kenhadapan yang menekankan pembangunan ekonomi, pemerkasaan modal insan dannkesejahteraan rakyat.
nn
“Perpaduan kekal sebagainkunci utama kepada kestabilan serta kemakmuran negeri,” katanya semasa MajlisnPerasmian Karnival Tahun Baharu Cina 2026 di Dataran Deasoka, pada Isnin.
nn
Teks ucapannya dibacakan olehnMenteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang.
nn
Menurut Hajiji, kejayaannpelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0 memberi keyakinan Sabah berada dinlandasan tepat, manakala SMJ 2.0 pula dirangka selari dengan pelaksanaannRancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030.
nn
“Pendekatan pembangunannberterusan itu penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan sertanmampu menangani cabaran masa depan secara lebih strategik dan bersepadu,”nujarnya.
nn
Hajiji turut menegaskannkepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum adalah asasnkekuatan sosial Sabah yang perlu terus dipelihara.
nn
“Karnival seperti ininmencerminkan keunikan Sabah sebagai negeri yang kaya dengan kepelbagaiannbudaya, di mana setiap perayaan diraikan bersama dalam semangat salingnmenghormati dan muhibah,” tambahnya.
nn
Beliau berkata, pendekatanninklusif kerajaan negeri selari dengan aspirasi membina sebuah Sabah yang aman,nbersatu padu dan sejahtera untuk semua.
nn
Hajiji juga mengiktiraf peranannpenting masyarakat Cina sebagai rakan strategik dalam pembangunan negeri,nkhususnya dalam sektor ekonomi, keusahawanan, pendidikan dan pemeliharaannwarisan budaya.
nn
Sehubungan itu katanya, kerajaannnegeri akan terus menyokong inisiatif serta penglibatan aktif pertubuhannmasyarakat Cina sebagai rakan pelaksana agenda pembangunan Sabah di bawahnkerangka Sabah Maju Jaya.
nn
Selain itu, beliau merakamkannpenghargaan kepada Gabungan Persatuan Cina Sabah yang menghimpunkan lebih 160npersatuan dari seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan atas sumbangannberterusan dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan.
nn
Menurutnya, kerjasama erat antarankerajaan dan pertubuhan masyarakat tanpa mengira kaum amat penting baginmemastikan dasar pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.
nn
Hadir sama, Menteri PembangunannBelia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan;nTimbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Al Hambra Tun Juhar; MayornBandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Presiden GabungannPersatuan Cina Sabah, Tan Sri Dr. Goh Tian Chuan.
