KOTA KINABALU: RancangannPendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 akan dimanfaatkan bagi memperkasa agendanpendidikan di Sabah selaras hala tuju strategik negara dalam mendepani cabaranndekad akan datang.
nn
Menteri di Jabatan PerdananMenteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata dokumen dasarnberkenaan merupakan blueprint membina generasi masa depan yang adaptif, berdayansaing dan berpaksikan nilai manusiawi selaras aspirasi Malaysia MADANI.
nn
”Dalam konteks Sabah, keutamaanndiberikan kepada pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)nsebagai nadi ekonomi masa depan negeri.
nn
“Kita perlu melakukannanjakan paradigma terhadap TVET dan memadamkan stigma bahawa ia pilihan kedua.nDengan keperluan tenaga mahir yang semakin tinggi, graduan TVET adalah tulangnbelakang kepada kemajuan industri serta inovasi negara,” katanya.
nn
Beliau turut menekankan aspeknkeadilan sosial melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang mampan,ntermasuk usaha berterusan menoktahkan isu sekolah daif di negeri ini.
nn
“Kita tidak boleh bercakapnmengenai pendidikan kelas pertama jika masih ada anak-anak belajar dalamnpersekitaran yang tidak kondusif. Merapatkan jurang infrastruktur luar bandarnadalah satu kemestian agar setiap sekolah mempunyai kemudahan asas yangnlengkap, selamat dan bermartabat,” ujarnya.
nn
Beliau berkata demikian ketikanmerasmikan Wacana Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 PeringkatnNegeri Sabah anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah dengannkerjasama Sahabat Penggerak MADANI di sini pada Sabtu.
nn
Jelasnya, pembinaan karakter dannjati diri kenegaraan turut menjadi teras penting dalam pelaksanaan RPMn2026-2035.
nn
“Kita mahu melahirkanngenerasi bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi memiliki nilai ihsan, akhlaknmulia dan integriti yang kukuh. Pendidikan mesti membentuk insan seimbang,nbukan sekadar pintar,” katanya.
nn
Dalam aspek literasi digital dannkecerdasan buatan (AI), beliau menegaskan komitmen untuk memastikan tiadanjurang digital antara bandar dan luar bandar di Sabah.
nn
“Saya tidak mahu wujud kastandigital. Akses kepada teknologi dan pendidikan AI bagi anak-anak di Pitas,nRanau dan Nabawan mesti setara dengan anak-anak di Kota Kinabalu atau KualanLumpur. Kita mahu setiap anak Sabah menjadi pemain dalam ekonomi digitalnglobal, bukan sekadar pemerhati,” katanya.
nn
Beliau turut menyeru seluruhnlapisan masyarakat agar menjadi penggerak transformasi pendidikan dengannbertindak sebagai duta visi pendidikan, mengaplikasikan minda inovatif sertanmengekalkan sinergi MADANI melalui kolaborasi antara ahli akademik, NGO dannkomuniti.
nn
“Transformasi pendidikann2026-2035 ini bukan milik kementerian semata-mata, tetapi amanah kolektif kitansemua. Kita tidak boleh lagi menjadi pemerhati kepada arus perubahan,nsebaliknya mesti menjadi penggeraknya,” tegas beliau.
nn
Seramai 200 peserta menghadirinwacana tersebut yang menghimpunkan ahli akademik, pendidik, penggerak komunitinserta pelbagai pemegang taruh bagi membincangkan hala tuju pendidikan negarandan peranan Sabah dalam memastikan agenda transformasi pendidikan dilaksanakannsecara inklusif dan progresif.
nn
Hadir sama Pengarah AKM, PejabatnPerdana Menteri Negeri Sabah Datin Shonitah Terang; Felo Kenegaraan AKM, DatuknDr Amin Senin; Profesor Kehormat Universiti Selangor, Dr Arsiah Bahron;nPengerusi Sahabat Penggerak MADANI Hassanudin Guliling dan Timbalan PengarahnJabatan Pendidikan Negeri Sabah Mudin Betting.
