PENAMPANG : Kerajaan negeri terusnkomited dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa ibunda sebagai teras identitinunik Sabah.
nn
Timbalan Ketua Menteri III, DatuknEwon Benedick berkata, langkah itu penting memandangkan subjek BahasanKadazandusun kini sudah menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan negarandi sekolah rendah dan menengah di Sabah.
nn
“Saya akan kemukakan kepadanKetua Menteri dan mesyuarat Kabinet Negeri keperluan menyokong pengajarannbahasa etnik ini melalui pemberian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepadanpelajar yang melanjutkan pengajian di universiti seperti Universiti PendidikannSultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menawarkannpengajian bahasa ini.
nn
“Ini boleh menjadi galakannkepada pelajar memilih bidang ini dan seterusnya menjadi tenaga pengajar subjekntersebut di sekolah.
nn
“Dengan kerjasama pelbagainpihak termasuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kelestarian bahasa ibunda etniknSabah diyakini dapat terus dipertahankan sebagai warisan dan identitinnegeri,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan sambutan HarinBahasa Ibunda Sedunia anjuran Kadazan Language Foundation (KLF) di Dewan HuguannSiou, Kampung Tuavon, pada Sabtu.
nn
Menurutnya, selain BahasanKadazandusun usaha memperkenalkan empat lagi bahasa etnik iaitu Kadazan Tangaa,nMurut Timogun, Dusun Lotud dan Tatana kini sedang dimurnikan sebelumndilaksanakan secara lebih meluas di sekolah.
nn
Dalam majlis berkenaan, Ewon yangnjuga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan turut melancarkannWebonary Kadazan–Melayu–Inggeris iaitu pangkalan data digital yangnmenghimpunkan lebih 30,000 entri Bahasa Kadazan dan hampir 30,000 entri BahasanMelayu.
nn
Katanya, inisiatif digital itunmemudahkan orang ramai mendapatkan terjemahan secara pantas melalui telefonnpintar tanpa perlu membawa kamus bercetak yang tebal.
nn
“Ini antara usaha memastikannbahasa ibunda bukan sahaja diajar di sekolah, tetapi dibangunkan dalam pelbagainplatform termasuk digital supaya terus digunakan generasi muda,” katanya.
nn
Sebagai tanda sokongan, beliaunmeluluskan peruntukan RM100,000 daripada peruntukannya sebagai Ahli ParlimennPenampang serta dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pengerusi KKIP baginmenyokong usaha KLF membangunkan bahasa ibunda etnik Sabah.
nn
Beliau turut menyalurkan RM50,000nkepada Persatuan Bahasa Etnik Sabah (PBES) bagi membangunkan lebih banyak bahannpendidikan untuk empat bahasa etnik yang dicadangkan diperkenalkan di sekolah.
nn
Turut disampaikan, AnugerahnKesusasteraan Tan Sri Bernard Dompok kepada pemenang pertandingan novel BahasanKadazandusun anjuran KLF.
nn
Hadir sama, Pengerusi SME CorpnMalaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Pengerusi Lembaga Pelabuhan-pelabuhannSabah, Datuk Donald Mojuntin ADUN Moyog, Pengerusi Pemegang Amanah KLF, DatuknPhilip Lasimbang dan Ketua Pegawai Eksekutif KLF, Rita Lasimbang.
