SIE 2026 Berlangsung di SICC September Ini

 

KOTA KINABALU: Sebagai usahanmenarik kemasukan pelabur, Expo Antarabangsa Sabah (SIE) 2026 akan diadakan dinPusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 4 hingga 6 September ini.

nn

Penasihat Persekutuan IndustrinSabah (FSI), Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau berkata SIE 2026 dijangkanmemperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelaburan strategik di sampingnmembuka peluang jaringan perniagaan antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.

nn

“Ekspo tersebut bukan sahajanmenjadi medan pameran produk dan perkhidmatan, malah berfungsi sebagai platformnpadanan perniagaan, perkongsian teknologi serta pertukaran idea yang mampunmerangsang pertumbuhan sektor perindustrian negeri.

nn

“SIE 2026 memberi peluangnkepada penggiat industri Sabah untuk memperluas pasaran di samping menariknminat pelabur terhadap pelbagai sektor berpotensi termasuk pembuatan,nteknologi, logistik dan perkhidmatan,” katanya.

nn

Beliau berkata demikian kepadanmedia selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa, padanIsnin.

nn

Beliau yang juga PresidennKehormat FSI memaklumkan kunjungan itu bertujuan menjemput Tun Musa merasmikannSIE 2026 selain memberi taklimat mengenai aktiviti semasa serta peranan FSIndalam menyokong pembangunan sektor perindustrian di Sabah.