Naik Taraf RM15 Juta, Wisma MUIS Terima Sijil Perakuan Bomba

 

KOTA KINABALU: Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)nmenerima Sijil Perakuan Bomba baharu selepas kerja-kerja naik taraf bernilainRM15 juta dilaksanakan sepanjang lima tahun.

nn

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr MohdnArifin Mohd Arif berkata naik taraf bangunan berusia 40 tahun itu bertujuannmemastikan keselesaan pengunjung serta mematuhi piawaian keselamatan kebakarannyang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

nn

“Dengan pematuhan piawaian ini, Wisma MUIS menerimanSijil Perakuan Bomba yang baharu yang mana kali terakhir diberikan pada tahunn1990. Oleh itu, perkara yang sangat penting ialah amalan keselamatan yangnmemerlukan latihan berterusan dalam kalangan staf dan kakitangan.

nn

“Dua belas lif diganti baharu, penggantian eskalatornatau tangga bergerak turut diperbaharui. Selain itu, keperluan-keperluan yangnditetapkan oleh pihak JBPM  juga dipenuhintermasuk kerja-kerja membaiki beberapa kebocoran pada bumbung.

nn

“Kita akan terus memastikan semua syarat-syaratndipatuhi antaranya penyediaan sistem dan peralatan keselamatan kebakaran sertankelengkapan memadam kebakaran meskipun bangunan ini berusia 40 tahun,”nkatanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Bomba Fire Certificate dinWisma MUIS, pada Selasa.

nn

Sementara itu, Pengarah JBPM Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziznmenzahirkan penghargaan kepada MUIS kerana mematuhi penguatkuasaan bangunan dinbawah Perakuan Bomba (Fire Certificate) dan memastikan semua kelengkapannkeselamatan kebakaran mencukupi serta berfungsi dengan baik.

nn

“Kami berharap peralatan dan sistem keselamatan ini sentiasandipantau bagi memastikan bangunan mampu menangani sebarang risiko atau insidennkebakaran,” ujarnya.

nn

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai AlinMalai Ahmad, Setiausaha MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali dan Pengarah Wisma HartanSdn Bhd, Abd Wahab Ag Yusof.