KOTA KINABALU : THP Sabaco SdnnBhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,023,836 bagi tahun kewangan 2024nkepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
nn
Majlis penyerahan zakat tersebutndiserahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah THP Sabaco Sdn Bhd, Kasmuri Sukardi yangnmewakili anak syarikat TH Plantations Sdn Bhd kepada Mufti Kerajaan NegerinSabah, Datuk Bongsu Aziz Jaafar bagi pihak MUIS yang disaksikan oleh Yangndi-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
nn
Pada majlis sama, MUIS turutnmenyerahkan wakalah zakat perniagaan berjumlah RM127,980 kepada THP Sabaco SdnnBhd untuk diagihkan kepada asnaf dalam kalangan 1,075 kakitangan syarikatnberkenaan.
nn
Sementara itu, Kasmurinmemaklumkan THP Sabaco Sdn Bhd kini giat melaksanakan pendidikan kemasyarakatannmenerusi Program Celik Al-Quran dalam kalangan pekerja ladang milik syarikatnitu di seluruh Sabah sebagai sebahagian daripada komitmen pembangunan insan.
nn
Kasmuri berkata, menerusi programnselama 30 jam itu peserta diyakini mampu menguasai asas bacaan dan penulisannAl-Quran selepas tamat latihan.
nn
“Kami melaksanakan programnini bermula di Lahad Datu dan kini melibatkan semua ladang THP Sabaco Sdn Bhd.nInsya-Allah selepas menyertai program 30 jam ini mereka boleh menulis dannmembaca Al-Quran.
nn
“Bagi menjayakan programntersebut, kami mendapat sokongan daripada Yayasan Institut Pengajian Al-Qurann(Y-IPaQ), Pejabat Mufti Negeri Sabah dan MUIS,” katanya selepas kunjungannhormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana SerinKinabalu, pada Isnin.
nn
Hadir sama, Ketua PegawainEksekutif TH Plantations Sdn Bhd, Datuk Ts. Borhan Bachi, Setiausaha MUIS,nDatuk Ramlan Awang Ali dan Ahli Lembaga Pengarah THP Sabaco Sdn Bhd, IrwannAyub.
