KOTA KINABALU : Kerajaan Persekutuan terus meningkatkannperuntukan pembangunan kepada Sabah bagi mempercepatkan pelaksanaan projeknserta meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
nn
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),nDatuk Ts. Mustapha Sakmud berkata peruntukan pembangunan kepada Sabahnmenunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun sebagai bukti komitmen kerajaannterhadap pembangunan negeri itu.
nn
“Peruntukan pembangunan Sabah terus menunjukkan peningkatanndaripada RM6.6 bilion dalam Belanjawan 2024 kepada RM6.7 bilion dalamnBelanjawan 2025, sebelum meningkat kepada RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2026,”nkatanya.
nn
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Menterindi Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) bersama Ketua-ketua JabatannPersekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di Sabah, pada Jumaat.
nn
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga terus komitednmemperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui pelbagai usahantermasuk penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) yangndipengerusikan oleh Perdana Menteri.
nn
“Setakat ini sebanyak 29 perkara berkaitan MA63 telahndibincangkan dan daripada jumlah tersebut 16 perkara telah berjayandiselesaikan, termasuk sembilan perkara yang diselesaikan di bawah pentadbirannKerajaan MADANI,” ujarnya.
nn
Menurut Mustapha, kerajaan turut memperkukuh kerjasamanstrategik antara kerajaan negeri Sabah dan Petronas melalui CommercialnCollaboration Agreement (CCA) yang membuka lebih banyak peluang kepada syarikatntempatan untuk terlibat dalam industri minyak dan gas.
nn
“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh industri petroleumnnegeri, malah memberi manfaat ekonomi yang lebih luas kepada Sabah,” katanya.
nn
Pada masa sama, Mustapha menyeru penjawat awam Persekutuanndi Sabah agar terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan supaya dasarnserta inisiatif yang dilaksanakan dapat disampaikan secara berkesan kepadanrakyat.
nn
Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk MuhamadnRazali Wahab; Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, Tuan SamsulnDollah; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin; Timbalan PesuruhnJaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rani Alias.
