KOTA KINABALU: Menteri KerajaannTempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Sabah, Datuk Dr Arifin Mohd Arifnmengecam keras perbuatan menghina al-Quran yang tular di media sosial dannmenyifatkannya sebagai tindakan yang tidak beretika.
nn
Beliau berkata, perbuatan itunbukan sahaja mencemarkan kesucian kitab suci umat Islam, malah boleh menggoresnperasaan serta sensitiviti masyarakat Islam.
nn
“Kita tidak boleh berkomprominterhadap perbuatan biadab yang menghina al-Quran lebih2 lagi di bulan Ramadannbulan al-Quran yang suci dan mulia,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.n
nn
Dalam pada itu, beliau memintanpihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadapnindividu berkenaan.
nn
“Saya minta pihak berkuasantermasuk Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegerinSabah (JHEAINS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dannMultimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan segera terhadap insidennberkenaan,” jelasnya.
nn
Beliau turut menegaskan bahawantindakan tegas berlandaskan undang-undang perlu diambil bagi memastikannperbuatan menghina agama tidak berulang.
nn
Dalam pada itu, Arifin turutnmenyeru masyarakat supaya kekal tenang dan tidak bertindak melulu dalamnmenghadapi isu berkenaan.
nn
“Serahkan sepenuhnya kepada pihaknberkuasa untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan yang sewajarnyanmengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” tambahnya.
