SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas mautnselepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di belakang sebuah hotel di PusatnBandar Sandakan, awal pagi tadi.
nn
Dalam kejadian kira-kira jam 6.39 pagi itu,nmangsa, Agustine Frederick J Lingam, 76, dipercayai cuba menghidupkan generatorn(genset) di bahagian belakang bangunan Super OYO 1027 Hotel London selepasnbekalan elektrik terputus akibat hujan lebat.
nn
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)nSandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melaluintalian NG999 sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
nn
“Seramai 10 anggota bersama tiga jentera darinBBP Sandakan bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.
nn
“Komander operasi membuat ‘size-up’ dannmendapati seorang mangsa lelaki tertimbus separuh badan akibat runtuhan tanahndi kawasan belakang bangunan hotel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
nn
Menurutnya, pasukan bomba segera menjalankannoperasi menyelamat dengan menggali tanah menggunakan peralatan penyodok baginmengeluarkan mangsa.
nn
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.14 paginsebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuknpemeriksaan.
nn
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal duniandi lokasi kejadian,” katanya.
nn
Jimmy berkata, mayat mangsa kemudiannyandiserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
nn
Katanya, selepas memastikan keadaan di lokasinselamat dan tiada lagi bahaya yang boleh mengancam, operasi ditamatkannsepenuhnya pada jam 8.19 pagi.
%20(5).png)