KOTA KINABALU: Program IftarnRamadan MADANI (IRAMA) anjuran Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah (IDEAS),nYayasan Taqwa dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyantuni 100 asnafnsekitar Sepanggar.
nn
Menteri di Jabatan PerdananMenteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata program itunbertujuan membantu golongan memerlukan di samping mengukuhkan ukhuwah selarasngagasan Malaysia MADANI.
nn
“Nilai ihsan dalam terasnMADANI menuntut semua pihak berbuat baik melebihi kebiasaan termasuk turunnpadang menyelami kesusahan rakyat khususnya golongan asnaf.
nn
“Kerajaan melalui Jabatan PerdananMenteri komited memperhebat usaha menoktahkan kemiskinan tegar dengannmenyalurkan bantuan bukan sahaja sebagai penyelesaian jangka pendek tetapinmembina ekosistem ekonomi mampan supaya golongan rentan mampu berdikari.
nn
“Kerajaan dan pimpinan negerinjuga komited memastikan kebajikan masyarakat terus terpelihara,” katanya ketikanmerasmikan program itu di Masjid Al-A’la, Kampung Lokub, Sepanggar, pada Isnin.
nn
Dalam majlis itu, beliau turutnmenyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada penerima.
nn
Mustapha berkata, Ramadan bukannsekadar bulan melipatgandakan amal tetapi turut mendidik jiwa mengenainintegriti yang perlu diterapkan dalam tadbir urus kerajaan bagi membendungnrasuah, ketirisan dan salah guna kuasa.
nn
Turut hadir, SetiausahanPersekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pengarah Jabatan Kemajuan IslamnMalaysia Sabah, Dr Baharudin Othman; Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, AzmannSipan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan JHEAINS, Mohd Ridhuwan Othman;nPenyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, Mohd Firdaus Saidin; serta PengerusinMasjid Al-A’la, Sanin Lias.
