KOTA KINABALU: Semangat Hari RayanAidilfitri terus menjadi penggerak utama mengeratkan perpaduan rakyat Sabahnyang berbilang kaum dan agama seterusnya menjadi asas keamanan sertankeharmonian negeri ini.
nn
Yang di-Pertua Negeri Sabah, TunnMusa Aman berkata keamanan adalah elemen terpenting dalam membentuk dinamikanrakyat dan negara, yang harus disyukuri dengan terus mentaati perintah AllahnSWT dan Rasul-Nya serta komited memelihara kesatuan masyarakat.
nn
“Tanpa kesatuan, masyarakat akannmudah berpecah belah dan keadaan seperti ini akan merugikan. Kesatuan bukannsekadar bersatu dalam ikatan tetapi juga dalam pemikiran, tujuan dan tindakan.
nn
“Hakikatnya, kesatuan adalahnkunci kepada keharmonian sosial. Perbezaan budaya, agama dan tradisi perlundihormati dan dijadikan kekuatan untuk memupuk rasa saling menghargai sertanmenyingkirkan perasaan syak wasangka,” ujar beliau ketika menyampaikannPerutusan Khas Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M.
nn
Menurut beliau, pendidikan yangnbaik, dasar-dasar yang inklusif serta usaha mengurangkan jurang antara golongannkaya dan miskin adalah langkah penting dalam memupuk keadilan dan kesejahteraannsosial rakyat.
nn
“Sama-samalah kita berusahanmencari redha Allah SWT dengan menggembleng tenaga dan segala sumber yang adanuntuk memperbaiki keadaan hidup, baik dari segi akidah, ekonomi, pendidikannmahupun sosial,” ujarnya.
nn
Tun Musa turut menyeru masyarakatnagar menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan mengikut kemampuannmasing-masing.
nn
“Ini merupakan kaedah berkongsinrezeki seterusnya membina hubungan baik, mengerat tali silaturahim dan mengukuhnperpaduan khususnya pada musim perayaan Aidilfitri,” tambahnya.
nn
Beliau menekankan Hari RayanAidilfitri adalah masa untuk bergembira dan mengamalkan tradisi mulianmasyarakat dengan menziarahi antara satu sama lain serta bermaaf-maafan.
nn
“Saya berdoa agar sambutannAidilfitri tahun ini lebih meriah dan bermakna mengukuhkan ukhuwah dannperpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah khasnya dan Malaysianamnya,” ujarnya.
nn
Tun Musa juga mengingatkannmasyarakat agar tidak mengabaikan aspek kesihatan dan keselamatan diri sertankeluarga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.
nn
“Berpada-pada dalam soal makanndan minum serta berhati-hati di jalan raya kerana musim perayaan seringnmencatatkan kadar kemalangan tinggi yang boleh menyebabkan kecederaan parahnserta kehilangan nyawa,” katanya.
nn
Di samping itu, beliaunmenzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan anggota pasukannkeselamatan yang berkorban jiwa raga demi memelihara keselamatan rakyat dannmempertahankan kedaulatan negara.
nn
“Kenang dan hargai khidmat baktinmereka dengan berdoa agar sentiasa mendapat rahmat serta taufik Allah SWT dalamnmemikul amanah yang berat dan mencabar. Mudah-mudahan segala khidmat bakti ininberoleh ganjaran yang besar di sisi Allah SWT,” ujarnya lagi.
nn
Tun Musa menambah, rakyat telahnmenyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan penuh keikhlasan sertanketakwaan dan kini berpeluang menyambut bulan Syawal yang penuh makna.
nn
“Aidilfitri diimarahkan dengannlafaz takbir, tahlil dan tahmid sebagai lambang rasa syukur serta pujian kepadanAllah SWT atas segala nikmat dan kemenangan menempuh ujian Ramadan. Semoganibadah kita diterima dan darjat takwa dicapai dengan sebenar-benarnya,” katanyanlagi.
nn
Mengakhiri perutusannya, Tun Musandan seluruh ahli keluarga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafnzahir dan batin kepada seluruh rakyat, khususnya umat Islam yang menyambutnya.
