Tiga warga asing ditahan, disyaki rogol remaja hingga hamil

 

TAWAU: Tiga lelaki warga asingnditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol membabitkan seorangnremaja di daerah ini, hari ini.

nn

Penahanan itu susulan laporanndibuat keluarga mangsa selepas remaja berkenaan disahkan hamil.

nn

Ketua Polis Daerah Tawau, ACPnJasmin Hussin berkata, kes terbongkar apabila mangsa mengadu mengalaminkesakitan pada bahagian kemaluan sebelum dibawa kakaknya ke hospital untuknpemeriksaan.

nn

“Hasil pemeriksaan doktornmendapati remaja itu hamil. Mangsa kemudian mengaku kepada kakaknya bahawa dianpernah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang dikenalinya di sebuahnhotel,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

nn

Susulan laporan polis yangndibuat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawaunmelancarkan operasi dan berjaya menahan dua suspek pertama di tepi Jalan StnPatrick. Kedua-dua suspek merupakan lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an.

nn

“Hasil soal siasat terhadapnkedua-dua suspek kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki warganasing berusia 29 tahun di hadapan sebuah kilang di Batu 3, Jalan Apas.

nn

“Suspek ketiga bekerja sebagainburuh kilang,” katanya.

nn

Menurut ACP Jasmin, semakannmendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dannkini direman bagi membantu siasatan lanjut.

nn

“Kes disiasat mengikut Seksyenn376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol, selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresenn1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” jelasnya.