TAWAU: Seorang wanita berusia 25ntahun maut selepas kereta dipandunya terbabas sendiri dalam kejadian kemalangannjalan raya di Bandar Sri Indah, di sini, hari ini.
nn
Ketua Balai Bomba dan Penyelamatn(BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasannmengenai kejadian itu pada jam 12.26 tengah hari.
nn
Menurutnya, sepasukan enamnanggota dari BBP Tawau bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian yangnterletak kira-kira 17 kilometer dari balai.
nn
“Setibanya di lokasi pada jamn12.45 tengah hari, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenisnPerodua Kenari yang dipercayai terbabas sendiri ke tepi jalan.
nn
“Terdapat seorang mangsa wanitantelah dikeluarkan lebih awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)nsebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
nn
Jemishin berkata, mangsanbagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.
nn
Katanya, mayat mangsa kemudiannyandiserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
nn
“Pasukan bomba hanya menjalankannpemantauan di lokasi bagi memastikan tiada sebarang bahaya lain.
nn
“Operasi ditamatkannsepenuhnya pada jam 1.22 petang,” katanya
