Program Menembak Bersama TYT Perkukuh Hubungan Strategik Pimpinan Negeri, Pasukan Keselamatan

 

KOTA KINABALU: Acara menembak bersama Yang di-Pertua NegerinSabah, Tun Musa Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75nmemperkukuh hubungan strategik antara kepimpinan tertinggi negeri dan pasukannkeselamatan.

nn

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata programnitu mengeratkan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara agensinpenguatkuasaan dan kepimpinan negeri.

nn

“Program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan dengannmemupuk semangat setiakawan, disiplin serta ketangkasan dalam kalangan pasukannkeselamatan.

nn

“Selain itu, ia juga satu penghormatan besar kepada warganPolis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah untuk bersama-sama meraikan detiknbersejarah sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-75 Tun Musa selaku Yangndi-Pertua Negeri Sabah,” katanya.

nn

Beliau berkata demikian semasa berucap di program berkenaannyang berlangsung di Lapang Sasar Tertutup, Ibu Pejabat Polis Daerah KotanKinabalu, pada Ahad.

nn

Sementara itu, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idrisnmuncul johan kategori 15 meter dengan markah penuh 100 mata, manakala DatuknLimus Jury menjuarai kategori 25 meter dengan 73 mata.

nn

Tun Musa turut menerima Anugerah Penembak Terbaik padanprogram sulung berkenaan.

nn

Hadir sama, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dannEkonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Menteri Pendidikan, Sains,nTeknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib; Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir.nShahelmey Yahya; serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab.

nn