Pameran Khas Dirgahayu TYT Bermula Hari Ini

 

KOTA KINABALU : Pameran KhasnDirgahayu Tuan Yang Terutama (TYT) berlangsung mulai hari ini sehingga 31nDisember 2026.

nn

Menteri Pelancongan, Kebudayaanndan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata program berkenaan bertujuan untuknpendedahan kepada masyarakat tentang fungsi dan peranan institusi TYT.

nn

“Pameran Khas Tuan YangnTerutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bertajuk Dirgahayu Tuan Yang Terutama ininmerupakan sebahagian daripada acara tahunan Jabatan Muzium Sabah sempena UlangnTahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama.

nn

“Program ini juga dimasukkanndalam kalendar pelancongan Sabah.

nn

“Selain memberi pendedahannkepada masyarakat tentang fungsi dan peranan institusi TYT, pameran ini juganmempamerkan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan Tuan Yang Terutama Yangndi-Pertua Negeri sebagai payung perpaduan dan kesejahteraan rakyat,”nkatanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pameran Dirgahayu Tuan YangnTerutama di Muzium Tamadun Islam, pada Khamis.

nn

Beliau berharap pameran berkenaanndapat menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan luar negara untuk berkunjungnke muzium berkenaan.

nn

“Melalui pameran ini, paranpengunjung berpeluang menghayati dengan lebih mendalam peranan dan sumbangannTYT sebagai Ketua Negeri Sabah.

nn

“Di samping itu juga,npengunjung dapat memahami kepimpinan TYT sebagai lambang perpaduan rakyat dinnegeri ini serta menyemai semangat cintakan negeri dan jati diri dalam kalangannmasyarakat,” ujarnya.

nn

Majlis berkenaan diserikan dengannkehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan FaridahnTussin.

nn

Hadir sama, Menteri PembangunannBelia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan,nPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar,  Dr. Andi Md Shamsureezal Mohd Saina dannPengarah Jabatan Muzium Sabah, Arif Abd Hamid.

nn

Orang ramai dipelawa menyaksikannPameran Khas berkenaan yang diadakan di Muzium Tamadun Islam bermula jam 9.00npagi hingga 5.00 petang.