KOTA KINABALU : Perarakan Budaya yang julung kali diadakannmenjadi keistimewaan sambutan Hari Etnik Sabah 6.0 pada 25 April ini.
nn
Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS),nMackey Apisan berkata, perarakan ini melibatkan 560 peserta serta 182 presidennpersatuan etnik dan badan kebudayaan yang mewakili 35 etnik besar di Sabah.
nn
“Perarakan ini akan bermula pada jam 4 petang dari DatarannDeasoka menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dengan jarak kira-kiran2.3 kilometer,” katanya.
nn
Penganjuran Hari Etnik Sabah 6.0 ini bakal menjadi platformnmemperkukuh perpaduan serta memartabatkan kepelbagaian budaya masyarakat dinnegeri ini.
nn
“Setiap etnik bertanggungjawab memelihara budayanmasing-masing agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.
nn
“Oleh itu, orang ramai dijemput hadir dengan mengenakannpakaian etnik masing-masing bagi memeriahkan program ini sebagai sokongannterhadap usaha memartabatkan budaya negeri,” ujarnya lagi.
nn
Program anjuran LKNS ini diadakan bersempena Sambutan UlangnTahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
