Rangka Tindakan Wanita Sabah Fokus Perkasa Ekonomi, Penyertaan Wanita

 

KOTA KINABALU : Usaha memperkasanekonomi dan penyertaan wanita di Sabah diperkukuh menerusi Rangka TindakannWanita Sabah.

nn

Menteri Pembangunan Wanita,nKesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata,ndokumen itu merangkumi pelbagai aspek termasuk penyertaan wanita dalam pembuatnkeputusan, sektor awam, swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

nn

“Secara keseluruhan, dokumennini memang komprehensif dan boleh dilaksanakan.

nn

“Apa yang perlu sekarangnadalah penyelarasan antara semua pihak supaya pelaksanaannya lebih tersusun.

nn

“Antara fokus utama termasuknmeningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi dan keusahawanan serta memperluasnpenglibatan dalam pembuat keputusan di semua peringkat.

nn

“Usaha meningkatkannpenyertaan wanita di peringkat akar umbi sedang diselaraskan selaras pekelilingnkerajaan, namun faktor budaya dalam komuniti tertentu masih menjadincabaran,” katanya dalam sidang media selepas menerima taklimat RangkanTindakan Wanita Sabah di sini, pada Selasa.

nn

Rangka tindakan itu akanndilaksanakan dalam tempoh 10 tahun bermula 2026 hingga 2035, selaras denganndasar pembangunan wanita di peringkat negeri dan nasional.

nn

Pelan tersebut dirangka dengannmengambil kira pandangan serta input daripada pelbagai pihak termasuk sektornawam, swasta, GLC, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Penasihat WanitanSabah serta Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

nn

Terdahulu, taklimat itu yangndisampaikan oleh Ketua Bahagian Ekonomi Akar Umbi IDS, Masmidah Arsahnmemaklumkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi dan politik masih rendahndengan jurang gender yang ketara, sekali gus memerlukan intervensi dasar yang lebihnmenyeluruh.

nn

Sehubungan itu, antara cadangannyang diketengahkan termasuk memperkukuh kuota wanita dalam pembuat keputusan,nmenyediakan bajet tahunan khusus untuk wanita dalam pelbagai bidang sertanpenganjuran program kesedaran dan advokasi khususnya dalam kalangan pemimpinntertinggi kerajaan dan swasta.

nn

Hadir sama, Setiausaha Tetapn(SUT) Kementerian Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk MarianChong; Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (Sabah), Datuk Seri PanglimanAzizah Mohd Dun dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Pembangunann(Sabah), Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul.