KOTA KINABALU : Seramai 142 bakal jemaah haji dari negerinSabah berlepas ke Tanah Suci malam Isnin melalui Lapangan Terbang AntarabangsanKota Kinabalu (KKIA) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpurn(KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi.
nn
Penerbangan tersebut dijadualkan berlepas ke Tanah Suci padanjam 4.45 pagi menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines.
nn
Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada kumpulan bakalnhaji berkenaan disempurnakan oleh Yangndi-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
nn
Dalam perutusannya, Tun Musa menzahirkan rasa syukur dannberharap para jemaah dapat memanfaatkan peluang sebagai tetamu Allah dengannmemperbanyakkan ibadah, menjaga disiplin serta memelihara nama baik negaransepanjang berada di Tanah Suci.
nn
Bagi musim haji 1447H/2026M, Sabah dan Wilayah PersekutuannLabuan merekodkan seramai 1,195 jemaah haji melibatkan 507 lelaki dan 688nwanita.
nn
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima HajijinNoor; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untongndan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
