KOTA KINABALU : Kumpulan SawitnKinabalu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4.5 juta kepada Majlis UgamanIslam Sabah (MUIS).
nn
Penyerahan zakat perniagaan itundisampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Musanmewakili Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menterin(Hal Ehwal Agama), Datuk Isnin Aliasnih sambil disaksikan Yang di-Pertua NegerinSabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.
nn
Isnin ketika ditemui medianmemaklumkan jumlah kutipan zakat di Sabah bagi tahun 2026 setakat 13 Mei ininadalah sebanyak RM60.45 juta manakala jumlah agihan zakat mencatat RM65.85njuta.
nn
Beliau berkata, zakat penggajiannmerekodkan kutipan tertinggi iaitu RM24.06 juta atau 39.8 peratus daripadankeseluruhan kutipan zakat di negeri ini, diikuti zakat perniagaan sebanyaknRM14.64 juta bersamaan 24.23 peratus.
nn
Menurutnya, bagi agihan zakatnpula, golongan fakir menerima agihan tertinggi sebanyak RM25.19 juta atau 38.27nperatus, diikuti asnaf miskin RM11.73 juta dan fisabilillah RM9.84 juta.
nn
Turut menyaksikan penyerahanntersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali.
nn
Sementara itu, Hazem memaklumkannpenyerahan zakat tersebut merupakan hasil kutipan zakat perniagaan anaknsyarikat Sawit Kinabalu iaitu Borneo Samudera Sdn Bhd bagi tahun haul 2024 dann2025.
nn
Beliau menegaskan, Kumpulan SawitnKinabalu terus komited melaksanakan tanggungjawab pembayaran zakat perniagaannsejajar dengan prestasi kewangan syarikat yang mampan dan berkembang.
nn
Katanya, usaha itu merupakan satunamanah yang diharap dapat memberi manfaat berterusan kepada golongan memerlukannselain menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat melalui institusi zakatnnegeri.
nn
Turut hadir, Pengarah UrusannKumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk VictornAtiong bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah syarikat.
