KOTA KINABALU : Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0nmencapai 100 peratus pelaksanaannya sepanjang tempoh lima tahun dari 2021nhingga 2025.
nn
Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ, Datuk (Datu)nRosmadi Datu Sulai berkata, pencapaian itu membuktikan usaha kerajaan negerindalam memberikan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah.
nn
“Satu laporan penuh pelan SMJ 1.0 telah kita bentangkannkepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam masa sama membentangkannpelan SMJ 2.0 untuk melakar sejarah baru dalam tempoh lima tahun akan datang.
nn
“Kita juga bertukar-tukar pandangan dengan Tun Musanberkenaan Pelan SMJ 2.0 supaya apa yang kita lakar mengenai pelan pembangunanntersebut lebih menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan melonjakkan ekonominnegeri Sabah ke tahap yang lebih maju”, jelasnya ketika ditemui medianselepas kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.
nn
Jelasnya, antara fokus SMJ 2.0 juga adalah memberi tumpuannkhusus buat golongan belia dengan memanfaatkan potensi belia yang bolehnmenyumbang buat negeri ini.
nn
Selain menyerahkan laporan penuh pencapaian pelannpembangunan SMJ 1.0, kunjungan tersebut juga adalah untuk mendapatkan khidmatnnasihat daripada Tun Musa mengenai pelan SMJ 2.0 bagi memastikan pelan tersebutnmemberikan impak yang positif kepada rakyat dan negeri Sabah.
nn
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Kesejahteraan dannTransformasi Rakyat), Mohd Izwan Izzuddin Ramlan; Ketua Penolong Pengarahn(Pengurusan Inisiatif), Faridah Ilah; Penolong Pengarah (Pengurusan Inisiatif),nMohd Shafiq Abdullah Salleh dan Penolong Pengarah (Pegawai Khas Ketua PegawainPenyelaras), Alorenso Sampaladon.
nn
Pelan pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) telah dilancarkannsecara rasmi oleh Ketua Menteri Sabah pada 29 Mac 2021, manakala pelannpembangunan SMJ 2.0 (2026-2030) pada 30 Januari 2026 yang lalu.
