Masalah Infestasi Tikus Berpotensi Cetus Krisis Kesihatan Awam

 

PUTATAN : Masalah infestasi tikus di daerah ini tidak laginboleh dianggap sebagai isu remeh kerana ia berpotensi mencetuskan krisisnkesihatan awam termasuk penularan penyakit maut seperti Leptospirosis ataunkencing tikus.

nn

Menurut Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh usaha pihaknberkuasa tempatan (PBT) untuk membasmi infestasi tikus tidak akan berjaya tanpankerjasama semua pihak.

nn

“Tahap kebersihan persekitaran, terutamanya di kawasanntumpuan awam seperti pasar dan premis makanan, perlu diperketatkan baginmemastikan rantaian penyakit bawaan tikus dan Salmonella dapat diputuskannsepenuhnya. 

nn

“Kehadiran tikus bukan sahaja menjejaskan imej kebersihanndaerah, malah mengundang risiko kesihatan yang mampu membawa maut jika langkahnpencegahan menyeluruh tidak diambil.

nn

“Program hari ini adalah langkah proaktif untuk menyuntiknkesedaran masyarakat mengenai pengurusan sisa pepejal yang teratur. Namun,nkejayaan sebenar bergantung kepada penglibatan menyeluruh komuniti, peniaga,ndan pemilik premis,” katanya.

nn

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi JawatankuasanKeindahan dan Kebersihan Bandar Majlis Daerah Putatan (MDP), Mary Tolong Wongnketika merasmikan program Kempen Membasmi Infestasi Tikus Daerah Putatan Tahunn2026 di Pasar Taman Jumbo, Petagas di sini, pada Khamis.

nn

Mengulas lanjut, Masawi menyeru para peniaga agar memastikannsisa makanan diurus dengan sempurna dan menggunakan tong sampah bertutup baginmengelakkan kawasan premis menjadi tempat pembiakan tikus. 

nn

Kempen anjuran MDP dengan kerjasama Kementerian KerajaannTempatan dan Perumahan (KKTP) itu dihadiri Ahli-ahli Majlis Daerah Putatan,npertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ketua Rukun Tetangga Teluk Villa dan TamannJumbo dan peniaga sekitar Taman Jumbo.

nn

Dalam majlis yang sama, Theresa Ajin berjaya dinobatkannsebagai pemenang bagi Pertandingan Inovasi Cipta Perangkap Tikus, yang membawanpulang hadiah wang tunai RM300 serta sijil.

nn

Turut hadir, Penolong Pegawai Kesihatan dan PersekitarannMDP, Syadzreel Amri Azhar dan Penolong Akauntan MDP, Fadzlun Yuka.