KOTA KINABALU : Kerajaan terus komited memastikan kebajikannrakyat terus terpelihara menerusi pelbagai inisiatif di bawah kerangka MalaysianMADANI.
nn
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),nDatuk Ts Mustapha Sakmud berkata, inisiatif tersebut termasuk bantuan kos saranhidup dan program pembangunan yang menyeluruh.
nn
“Pelbagai bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR),nsubsidi bahan api dan subsidi barangan keperluan asas terus dilaksanakan baginmembantu meringankan beban rakyat.
nn
“Di Sabah, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuanndan Kerajaan Negeri membolehkan pelaksanaan pelbagai program pembangunan sertanbantuan kebajikan disalurkan secara lebih menyeluruh termasuk kepada masyarakatnluar bandar dan pedalaman.
nn
“Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaannuntuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunannnegara,” katanya ketika merasmikan Program Satelit Khas: Kenduri RakyatnMADANI Santuni Kampung Talungan di Padang SK Talungan, Telipok, pada Sabtu.
nn
Program berkenaan merupakan anjuran Jabatan PenerangannMalaysia (JAPEN) dengan kerjasama strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasin(PACU).
nn
Beliau berkata, program seperti itu juga menjadi platformnpenting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melaluinpendekatan santai, mesra dan inklusif.
nn
Jelasnya, program berkenaan membuka ruang kepada rakyatnmendapatkan maklumat tepat, menyuarakan pandangan serta berinteraksi secaranlangsung dengan pelbagai agensi kerajaan melalui mini karnival perkhidmatannyang disediakan.
nn
Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti rewangnsekampung, pertandingan Sugandoi Kaamatan, pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan,nPoket Talk isu semasa oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan yangnmengambil bahagian serta penyampaian 100 Kotak Kasih MADANI sumbangan JAPEN.
nn
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik)nJabatan Penerangan Malaysia, Rubaayah Osman, Pengarah JAPEN Negeri Sabah,nJainisah Mohd Noor serta Pengarah Parlimen Sepanggar, Ahsim Jamat.
