Program Kenduri Rakyat MADANI Perkukuh Penyampaian Maklumat Kerajaan

 

KOTA KINABALU: Program Kenduri Rakyat MADANI menjadinplatform penting dalam memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan secara terusnkepada masyarakat di peringkat akar umbi.

nn

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sabah (JAPEN), JainisahnMohd Noor berkata, program setelit khas di Kampung Talungan tersebut bukannsahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat malah menjadi wadahnuntuk menyampaikan dasar, inisiatif serta bantuan kerajaan terus kepadankumpulan sasar.

nn

Menurut beliau, pelbagai agensi kerajaan dan swasta turutnberkolaborasi sepanjang program berlangsung sekali gus memperkasakan usahanpemasaran maklumat kerajaan kepada rakyat.

nn

“Program ini juga menjadi platform untuk mendekatinmasyarakat melalui pendekatan mesra yang berkonsepkan semangat setiakawan dannkekeluargaan,” katanya ketuka berucap dalam program tersebut yang diadakanndi Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Talungan, Telipok, pada Sabtu.

nn

Beliau berkata, penganjuran program dalam kehangatannsambutan Bulan Kaamatan memberi peluang kepada pihak pengurusan jabatan dannagensi yang mengambil bahagian untuk turun padang dan bertemu secara langsungndengan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Sepanggar.

nn

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysian(JAPEN) Sabah dengan kerjasama strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasin(PACU) dan dirasmikan oleh dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menterin(Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.

nn

Katanya, antara pengisian utama program ialah Rewang Perdananmelibatkan aktiviti gotong-royong menyediakan juadah, Mini KarnivalnPerkhidmatan Kerajaan, sesi temu mesra pemimpin bersama rakyat sertanpersembahan kebudayaan.

nn

Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensinantaranya Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar, Pejabat Unit PemimpinnPembangunan Masyarakat (UPPM) Inanam, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, AgensinAntidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, City University Malaysia dan beberapanagensi di bawah Kementerian Komunikasi.