Sambutan Regatta Lepa Ke-31 27 Jun Ini

 

KOTA KINABALU : Sambutan Regatta Lepa Semporna Kali Ke-31nbakal diadakan pada 27 Jun ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan AlamnSekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, sambutan berkenaan merupakannprogram tahunan peringkat negeri yang dianjurkan bagi mempromosikan warisannbudaya masyarakat Semporna serta memperkukuh sektor pelancongan negeri.

nn

“Kita menjangkakan kehadiran seramai 30,000 hinggan40,000 pengunjung pada tahun ini.

nn

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara ini merupakannacara yang dinantikan oleh masyarakat Semporna dan juga pelancong.

nn

“Saya harapkan agar semua masyarakat turut terlibatndalam menjayakan program ini kerana ia dapat mempamerkan budaya dan amalannmasyarakat di daerah Semporna,” katanya ketika ditemui media selepasnkunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur Regatta Lepa Semporna Kali Ke-31nterhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, padanRabu.

nn

Menurut Jafry, tujuan kunjungan adalah bagi menjemput TunnMusa merasmikan sambutan berkenaan.