SEC Perkukuh Kerjasama Petronas, SE Perkasa Sektor Tenaga Sabah

 

KOTA KINABALU : Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC)nmemperkukuhkan kerjasama bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas), SabahnElectricity Sdn Bhd (SE) serta beberapa agensi lain dalam usaha memperkasansektor tenaga di Sabah.

nn

Pengerusinya, Datuk Annuar Ayub berkata, kerjasama itunpenting bagi memastikan pelaksanaan projek tenaga yang dirancang dapat memberinmanfaat kepada negeri ini.

nn

Annuar turut memaklumkan SEC telah merangka pelannpembangunan bagi tempoh lima tahun merangkumi projek tenaga untuk pembangunannnegeri selain membantu mengatasi masalah tenaga di Sabah.

nn

Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat terhadapnYang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

nn

Beliau menjelaskan kunjungan tersebut bertujuan untuknmemperkenalkan barisan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan SEC, selainnmemberi taklimat mengenai perkembangan semasa syarikat serta hala tuju padanmasa hadapan.

nn

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SEC, Datuk Hassan A Gani PgnAmir;  Ahli Lembaga Pengarah SEC, DatuknIndera Dr. Suhaili Abdul Rahman yang juga Pengerusi Asian Supply Base (ASB),nAhli-Ahli Lembaga Pengarah; Datuk Afizal Aldin, Ir. Ts. Rohan Ahmat, Omar SalimnSaidin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ts. Ahmad Jafar.